Wednesday, March 30, 2016

TEKNIK URUS DATABASE

[TEKNIK URUS DATABASE ]

Alhamdulillah...seronok bila kiter paham apa yang kita belajar dan rasa nak sharing dengan anda semua membuak-buak after habis kelas virus marketing...

Firstly,
Database/number phone customer yang dah beli masukkan dalam group broadcast asing untuk kite follow up after sale setiap minggu

Database/number phone prospek yang masuk tapi belum beli follow up setiap hari selama 3 hari berturut-turut

If customer masih tak berminat nak beli, follow up seminggu sekali selama 4 minggu/ sebulan

If masih tak beli jugak,follow up setiap bulan... sepanjang follow up gunakan konsep
1.kenal
2.suka
3.percaya

Mesti letak kod pada setiap number dan kod pada group broadcast tersebut..

Thursday, March 17, 2016

Tip Tingkatkan Jualan - Strategi Lidah pelanggan.

Tip Tingkatkan Jualan - Strategi Lidah pelanggan.

Perkara utama yang membezakan jurujual jahil dan jurujual jutawan adalah kemampuan untuk menghasilkan mesej jualan yang:

1) Pelanggan mahu dengar.

2) Pelanggan suka dengar.

3) Pelanggan teruja untuk bagi duit kepada si penjual dengan kadar yang segera.

Cara ini boleh dilakukan menerusi pemahaman "lidah" pelanggan.

---
Maksud Lidah Pelanggan
---

Iaitu kemahiran untuk memahami satu demi satu perkataan yang dikeluarkan oleh pelanggan, apabila mahu membuat keputusan untuk membeli produk kita.

Teknik untuk faham lidah pelanggan ini adalah:

+ Pelanggan bukan sekadar duit untuk bisnes.

… Pelanggan adalah manusia. Pelanggan adalah sahabat kita.

+ Mempengaruhi pelanggan supaya berkongsi masalah.

… Ajukan soalan kepada mereka, supaya mereka sudi ceritakan masalah dalam bentuk skrip perkataan demi perkataan.

Sebagai contoh, si pelanggan bercerita, "Aku sekarang selalu tidur lewat sebab banyak kerja. Tidur hanya 2 jam sehari. Setiap kali bangun pagi selalu mengantuk dan lesu. "

+ Merangka mesej jualan berdasarkan skrip pelanggan.

Seterusnya, cara kita pikat hati pelanggan adalah merangka mesej jualan yang menjelaskan profail mereka.

Contohnya, "Produk XYZ ini membantu anda yang sering tidur lewat akibat banyak kerja (tidur cuma 2 - 3 jam sahaja sehari), dan selalu mengantuk, lesu dan rasa malas setiap kali bangun pagi."

Teknik lidah pelanggan ini boleh ditambah baik dengan skrip-skrip jualan berpengaruh.

Share form Fb Aqif Azizan

Saturday, March 12, 2016

Tips Perkongsian Info (Promosi) Produk/Servis/Bisnes

Tips Perkongsian Info (Promosi) Produk/Servis/Bisnes

Share 2-3 kali, takde orang contact. Orang like pun takde. Orang komen apatah lagi. Takde orang kisah ke kewujudan kita?

Bila nak buat perkongsian info & promosi bisnes kita (produk/servis) kita tak boleh jadi manusia sangat. Sebab apa? Manusia ada perasaan. Sedih orang tak layan. Kecewa orang tak pandang. Rasa rendah diri. Frust. Fed-up.

Bila nak buat benda-benda seumpama itu, kita kena tukar mindset jadi BILLBOARD. Tahu billboard? Yang tercongok di tepi jalan & tepi highway tu.

Hari-hari billboard tu dok tunjuk benda yang sama (sampai habis kontrak dia lah). Hari-hari pun orang tak kisah dengan apa benda pun yang dia nak tunjuk. Mungkinlah... 2-3 orang perasan. Atau ramai sikit bila ada trafik jam.

Adakah bermakna iklan di billboard tu ditolak?

Mestilah tak. Cuma mungkin bukan hari ni. Mungkin besok. Lusa. Atau tulat.

Macam tu lah bila kita nak buat sharing/promosi bisnes kita. Kena jadi macam billboard. Biarlah orang tak layan pun. Mungkin diorang tak layan tapi diorang baca. Hari ni kita share, esok share lain, lusa share lain, lama-lama kita akan ada followers.

Tapi kalau kita teruskan menjadi manusia, 2-3 kali share takde orang layan, kita sedih. Pastu taknak buat dah. Bayangkanlah betapa ruginya bila kita berhenti hanya sebab keciwa orang tak layan.

Brand besar-besar pun masih beriklan hingga hari ni. Kita yang baru nak bermula ni mestilah kena berganda-ganda lagi usahanya. Kalau kita spesis Neelofa mungkin takpelah agaknya, orang duk tunggu je bila nak keluar produk baru. Tapi Neelofa pun iklan jugak ape.

Kredit to Kak Lyna Noh.

Tips Berniaga Online

TIPS

Ramai sahabat saya yang berniga di fb kan? Sy terima 322 komen yg korang perkenalkan produk2 korang.. Best berada dalam cycle ni 👏👏

Ok, untuk tips ni, tak kira apa produk yang korang jual, korang kena cuba BRANDING kan jenama korang WALAUPUN korang cuma dropship atau agent.

Haa camne tu?

Ok saya bg contoh korang dropship or agent produk namanya "PUTIH MULUS", ramai saya lihat org letakkan nama pages or brand dia pun ada nama produk "PUTIH MULUS" juga. So andai nanti korang nak keluarkan jenama sendiri atau produk tu dah tepu dipasaran, korang terpaksa build up semula dari bawah sebab korang brandingkan jenama orang bukan jenama korang.

Walaupun korang jual produk org lain iaitu "PUTIH MULUS", tak perlu namakan brand anda sama dengan produk. Cth boleh letak brand "PESONA EMAS" sebagai nama brand tapi korang still jual PUTIH MULUS ni.

Andai nanti korang dpt buat produk sendiri, atau produk yg anda jual dah tepu n tukar produk terbaru,tak perlu start up dari bawah semula sebab korang dah ada brand korang sejak dulu cuma tukarkan produk je.

Cth McD, McD adalah brand n produk2 dia adalah burger, kentang n etc. So bila2 masa nak tukar produk or upgrade produk xde masalah pun sebab dia tak gunakan produk dia sebagai brand.

PAHAM KE PAHAM?

P/s: Copy dari page Pn Izar Nazrul

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1126796800684173&id=100000615914918